Monday, July 17, 2017

Mana Mungkin Dap Tandatangan IBR Kerana Parti Sendiri Penuh Rasuah

Image result for lim kit siang dan lim guan eng dap

Mana mungkin Dap mahu menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) kerana parti mereka sendiri penuh rasuah dan tidak ada ketelusan. Keengganan kerajaan rejim Dap untuk menandatangani ikrar tersebut memberi gambaran yang cukup jelas apakah pendirian mereka sebenarnya.

“Kononnya kerajaan pimpinan mereka bersih tetapi sebenarnya itu semua adalah momokan mainan politik bagi megaburi mata rakyat.

“Ianya dikuatkan lagi apabila Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad berkata senario sekarang menunjukkan bahawa laporan rasuah di negeri Pulau Pinang adalah tinggi.

“Jadi, kalau IBR pun tidak mampu untuk Dap tandatangan, maka jangan sibuk menuding menuduh orang lain rasuah,”

Kenyataan Dap kononnya prinsip Cekap, Amanah dan Telus (CAT) yang dilaksanakan di negeri itu sejak 2008 lebih berkesan dalam usaha membasmi rasuah dan penyalahgunaan kuasa berbanding menandatangani IBR sebenarnya hanyalah satu taktik menutup sikap buruk diri sendiri kerana CAT Dap lebih cenderung kepada ‘Corrupt, Abusive & Tokong’.

“Jika benar parti mereka selama ini memperjuangkan anti rasuah mengapa berdolak-dalik untuk tandatangan ikrar tersebut. Sepatutnya Pulau Pinang menjadi negeri pertama yang bersetuju untuk menurunkan tandatangan dan ini akan memberikan kelebihan politik yang amat tinggi kepada mereka.

“Ini tidak… cakap lain tapi buat lain… tapi ye la kan… apa yang mahu dihairankan kerana parti mereka sendiri tonggang langgang. Pemilihan CEC pun belum tentu sahih malah Lim Guan Eng sendiripun kini sedang berhadapan dengan kes rasuah mahkamah,” sindirnya. 

DAP Cuba Berdolak Dalih Salahkan ROS, Jawab Dahulu Kekeliruan CEC


Dari Berdolak Dalih Cuba Salahkan ROS, Dap Digesa Jawab Dahulu Lima Persoalan Kekeliruan CEC. Dalam Dap cuba berdolak-dalih atas arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC), sesungguhnya rakyat Pulau Pinang khususnya ahli Dap menuntut jawapan terhadap segala kekeliruan yang wujud sebelum ini.

Sebelum Dap terus menjadikan arahan ROS sebagai modal politik, maka adalah lebih baik mereka menjawab beberapa persoalan penting berkaitan pemilihan CEC ini.

“Ada lima persoalan yang wajib Dap jawab… pertama, jumlah keseluruhan perwakilan adalah 2,576 orang dan mengapa notis hanya diberikan kepada 1,726 orang dari cawangan Sijil A dan kedua, mengapa wujudnya 547 orang yang dikenali sebagai pengundi ‘haram’.

“Ketiga, selama empat tahun kes ini dibiarkan oleh ROS, apakah yang Dap lakukan sepanjang tempoh tersebut bagi menyelesaikan masalah ini.

“Keempat, bagaimana boleh wujudnya kesilapan mengira undi kononnya berpunca daripada program computer ‘microsoft excel’ sehingga menyebabkan Vincent Wu Him Ven yang pada awalnya menang telah dikalahkan dan Zairil anak tiri Khir Johari dimenangkan sebagai ahli CEC ke 20,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Persoalan terakhir iaitu kelima yang perlu dijawab oleh Dap adalah apakah kriteria yang digunapakai oleh Dap sehinggakan Liew Chin Tong yang mendapat undi popular tertinggi sekali iaitu 1,438 undi tetapi beliau tidak dapat memegang jawatan terpenting dalam parti dan amat memalukan adalah Lim Guan Eng masih memegang jawatan Setiausaha Agung Dap walaupun beliau hanya sekadar di tangga kelima sahaja.

“Inilah lima persoalan penting yang harus dijawab oleh Dap sebelum mereka terus mempolitikkan isu pemilihan CEC ini.

“Jadi sebelum mereka sibuk mencari salah kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) maka adalah lebih baik bersihkan dahulu halaman sendiri sebelum sibuk membersihkan halaman orang,”

Berikut adalah kronologi permasalahan CEC;

15 Disember 2012 – Kongres Nasional Dap untuk memilih 20 ahli Jawatankuasa CEC yang baharu telah menyaksikan kesemua calon Melayu ditolak oleh wakil-wakil yang hadir di majlis tersebut.

3 Januari 2013 – Selepas tiga minggu, Dap mengeluarkan kenyataan kononnya berlaku kesilapan teknikal dan menyalahkan program komputer Microsoft Excel. Alasan ini diberikan kerana pemilihan CEC yang awal dipertikaikan oleh ahli sendiri. Tindakan Dap itu dikutuk kerana parti cauvinis itu hanya ‘memperbetulkan’ pemilihan CEC setelah didesak dan terbukti parti itu rasis kerana tiada seorang pun Melayu berjaya merebut 20 jawatan CEC.

Vincent Wu Him Ven yang pada awalnya menang telah dikalahkan manakala Zairil anak tiri Khir Johari dimenangkan sebagai ahli CEC ke 20.

17 April 2013 – ROS mengeluarkan notis kepada Dap setelah menerima aduan penyelewengan ketika pemilihan itu. Ahli-ahli Dap membuat laporan kepada ROS tentang wujudnya penyelewengan dan manipulasi undi ketika pengundian. Di antara yang dilaporkan :

a. Dap gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan anggota sah dan layak mengundi pada pemilihan CEC pada 15 Disember 2012.

b. Wujud 547 perwakilan ‘haram’ yang kebanyakannya dari Pulau Pinang yang telah diarah mengundi nama-nama tertentu.

c. Dap didesak untuk memberi senarai 2,576 ahli, cawangan dan alamat, senarai 1,740 ahli yang berhak hadir dan mengundi beserta cawangan masing-masing, senarai 985 cawangan yang telah diberi status Sijil A dan salinan notis kepada 2, 576 ahli selain nama cawangan dan alamat di mana ia dihantar.

d. 851 daripada 2,576 perwakilan tidak hadir dan mengundi semasa pemilihan semula CEC dan secara misteri muncul pula 120 cawangan tambahan yang hadir dan pengundi diwakili oleh 450 perwakilan. Ini bermakna 1,301 perwakilan asal tidak hadir untuk mengundi.

17 Jun 2013 – ROS meminta Dap mengemukakan keterangan dan bukti mengenai silap kira undi pada Disember 2012. Pendaftar ROS berkata ia adalah untuk mengenal pasti sama ada silap kira undi tersebut berlaku atas sebab ‘computer glitch’ atau satu penyelewengan.

30 Julai 2013 – ROS mengarahkan Dap mengadakan pemilihan semula CEC dan memaklumkan ia tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh parti itu berhubung isu penyelewengan undi pada pemilihan CEC dan isu manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan.

5 Ogos 2013 –ROS mendedahkan bahawa dakwaan pemimpin Dap yang mereka telah memberi kerjasama penuh kepada ROS adalah tidak tepat kerana sepanjang siasatan mereka sering meminta penundaan tarikh atau memendekkan masa proses siasatan atas alasan sibuk dengan hal politik kepartian mereka.

Puak Dap ini juga sering kali menangguhkan penghantaran maklumat yang diperlukan ataupun tidak menyediakannya walaupun perkara itu telah dinyatakan kepada mereka lebih awal. ROS juga mendedahkan bahawa mereka telah mengambil sikap yang terlalu ‘humanistic’ menguruskan pemimpin Dap walaupun beberapa kali difitnah khususnya sepanjang Pilihan Raya Umum yang lepas atas dasar politik. ROS menyifatkan keengganan Dap mematuhi keputusan ROS sebagai sangat mendukacitakan.

13 September 2013 – Pemilihan semula Jawatankuasa CEC Dap yang dijadual pada 29 September 2013 didakwa tidak mengikut perlembagaan parti dan perlu ditangguh sehingga semua isu berkaitan pemilihannya yang asal selesai – bekas ADUN Teratai, Jenice Lee Ying Haa

29 September 2013 – Pemilihan semula CEC Dap. Liew Chin Tong mendapat undi popular tertinggi sekali iaitu 1,438 undi tetapi beliau tidak dapat memegang jawatan terpenting sekali dalam Dap.

Yang amat memalukan ialah Lim Guan Eng masih memegang jawatan Setiausaha Agung Dap walaupun beliau hanya sekadar di tangga ke-lima sahaja.

4 Disember 2013 – Surat Pendaftar ROS kepada Pengerusi Dap Kedah yang mengatakan bahawa CEC Dap masih belum diiktiraf oleh ROS.

6 Disember 2013 – ROS hantar surat kepada Dap untuk mengemukakan laporan lengkap pemilihan semula CEC termasuk 985 cawangan yang telah diberi status A dan juga salinan asal 500 surat yang ditandatangani oleh perwakilan tidak hadir.

11 Disember 2013 – ROS melaporkan isu CEC akan terus berada dalam kedudukan tergantung sehingga Dap mengemukakan laporan berhubung Kongres Khas dan pemilihan semulanya. Pihak ROS tidak dapat membuat sebarang keputusan tentang kesahihan CEC yang dipilih semula ekoran Dap menghantar laporan tidak lengkap.

18 Februari 2014 – ROS dalam surat yang ditujukan kepada Setiausaha Agung Dap meminta Dap senaraikan 985 cawangan yang diberikan dengan sijil A kerana dokumen itu belum diserahkan kepada ROS. ROS juga meminta parti untuk memberikan senarai penuh semua perwakilan dari 985 sijil A cawangan yang menghadiri pemilihan CEC awal pada 15 Disember 2012 dan pemilihan semula pada 29 Sept 2013.

Dap juga diminta untuk salinan asal 500 surat yang ditandatangani oleh perwakilan yang tidak dapat menghadiri mesyuarat pada 15 Disember 2012.

23 September 2014 – Dap mengambil keputusan untuk tidak meneruskan permohonan semakan kehakiman bagi memaksa ROS supaya mengiktiraf pemilihan semula CEC dalam Kongres Khas parti itu pada 29 September 2013.

27 September 2014 – Wee Choo Keong, bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju telah mendedahkan:

a. Semasa pemilihan CEC pada 15 Disember 2012, pihak urus setia Dap mengisytihar jumlah cawangan yang hadir adalah 865 cawangan. Semasa pemilihan semula CEC pada 29 September 2013, pihak urus setia Dap, Ong Kian Meng pula isytihar jumlah cawangan yang hadir adalah 985 cawangan.

b. Ternyata 120 cawangan baharu yang belum didaftar secara sah telah hadir pada pemilihan semula CEC pada 29 September 2013.

3 Oktober 2014 – ROS membuat penafian pernah mengiktiraf pemilihan CEC Dap sebagai sah. ROS turut mempersoalkan dakwaan yang dibuat oleh Dap itu dan tertanya-tanya bagaimana parti tersebut boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian kepada mahkamah.

ROS akan menyiasat perkara tersebut seterusnya menjawab isu 120 cawangan Dap tidak mendaftar dan mengundi pada pemilihan semua CEC parti itu.

7 Oktober 2014 – RoketKini mendakwa ROS telah akhirnya tewas dan kononnya ‘mengiktiraf Dap adalah sah’.

19 Oktober 2014 – Anthony Loke mendakwa senarai perwakilan yang layak mengundi dalam pemilihan semula adalah senarai yang sama yang digunapakai dalam pemilihan Kongres Kebangsaan DAP pada 15 Disember 2012.

19 Mac 2015 – Dalam jawapan bertulis kepada Anthony Loke, Menteri Dalam Negeri berkata siasatan ROS terhadap Dap masih berjalan, hal ini kerana jabatan berkenaan masih menerima aduan baharu walaupun pemilihan semula telah diadakan.

9 Julai 2015 – Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa ROS mempunyai kuasa untuk menyelesaikan pertikaian parti di bawah Seksyen 16 Akta dengan pengecualian mahkamah.

6 Oktober 2015 – ROS menegaskan bahawa status CEC Dap masih belum mendapat pengiktirafan. Ini kerana proses itu masih di peringkat pertimbangan dan siasatan.

29 Oktober 2015 – ROS masih menjalankan siasatan menyeluruh terhadap Dap berikutan pemilihan semula parti itu yang diadakan pada 29 September 2013. Kenyataan ini dibuat oleh DS Ahmad Zahid Hamidi untuk menjawab soalan Loke Siew Fook yang meminta beliau menyatakan status siasatan ROS terhadap Dap.

19 Mei 2016 – DS Ahmad Zahid Hamidi dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat bahawa ROS tidak berpuas hati dengan dokumen yang disediakan oleh Dap. ROS masih menyiasat pemilihan semula kerana ia perlu menganalisis dokumen-dokumen yang dikemukakan oleh Dap. Ini kerana terdapat percanggahan dalam kandungan dan kebenaran dokumen itu.

19 Julai 2016 – Dap tangguh pemilihan CEC yang sepatutnya 29 September, tetapi perlembagaan parti membolehkan pemilihan dalaman itu ditangguhkan sehingga 18 bulan.

26 November 2016 – KDN dan ROS didesak mengumumkan hasil siasatannya terhadap Dap berhubung status terkini parti berkenaan susulan dakwaan berlakunya penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pemilihan parti.

23 Mei 2017 – Satu memorandum bagi mendesak ROS memberi surat tunjuk sebab kepada Dap mengapa pendaftaran Dap tidak boleh dibatalkan dan seterusnya membatalkan pendaftaran Dap jika Dap gagal memberi representasi yang memuaskan. Memorandum ini disokong oleh ahli-ahli akademik yang sedang berkhidmat di universiti-universiti tempatan.

7 Julai 2017 – Jabatan ROS akan mengeluarkan arahan meminta Dap mengadakan pemilihan semula CEC kerana pelantikan 20 anggota CEC daripada pemilihan semula pada 29 Sept 2013, adalah tidak sah dari segi undang-undang.

Pemilihan semula itu sepatutnya berdasarkan kepada senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC Dap bertarikh 15 Dis 2012 yang melibatkan 2,576 perwakilan dari 865 cawangan.

Tuesday, July 4, 2017

Bila DAP Dan Kepala Khinzir Lim Kit Siang Cuba Sembunyi Salah Sendiri!!!



DAP dan Lim Kit Siang tengah buat drama baru dengan menuduh pulak PM Najib nak Haramkan DAP dan menghalang parti babi DAP dari bertanding pada PRU14 walaupun pada hakikat sebenarnya... DAP yang bermasaalah dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Isu pendaftaran DAP dengan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sudah menjangkau 5 tahun. Sudah banyak pihak yang mendesak ROS menyatakan keputusan mereka tentang pendaftaran DAP sama ada diharamkan, dibenarkan beroperasi dan bertanding pada PRU nanti menggunakan logo sendiri atau sebaliknya, bahkan mempertikaikan kelembapan ROS dalam menangani isu berkenaan.

DAP mula.menghadapi masalah dengan ROS apabila aduan daripada ahli-ahli DAP yang dihalang daripada membuang undi bahkan menghadiri perhimpunan agung parti tersebut pada Disember 2012. Jumlah perwakilan yang hadir CE pada 15 Disember 2012 adalah seramai 2,576 perwakilan dan 865 cawangan. Bagaimanapun, campurtangan dan 'hasil kerja' bijaksana Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang yang mahu mengekalkan legasi mereka, maka diisytiharkan jumlah cawangan yang hadir adalah sebanyak 985 Cawangan. Lebih 120 Cawangan daripada jumlah yang didaftarkan secara rasmi.

Apabila 120 Cawangan haram itu dibenarkan membuat pemilihan maka keputusan CEC pada 15 Disember 2012 menjadi tidak sah. Permintaan agar DAP mengadakan pemilihan semula CEC menggunakan senarai 865 Cawangan, ditolak oleh Guan Eng dan Lim Kit Siang. Kedua-dua beranak itu sebenarnya ketakutan. Kedua-dua beranak tersebut takut kerana tanpa 120 'Cawangan Hantu' itu, berkemungkinan besar Lim Kit Siang dan Guan Eng hilang kuasa di dalam DAP.

Sekaligus, sudah lima tahun juga kedudukan Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP adalah haram dan segala proses pentadbiran parti itu boleh dipersoalkan dan dipertikaikan, termasuklah kemenangan Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN DAP di seluruh negara.

Status DAP itu bukanlah baru sekarang muncul. Sebaliknya perkara itu telah dinyatakan di dalam notis mengikut Seksyen 16(1) di bawah Akta Pertubuhan 1966 yang telah dihantar kepada Lim Guan Eng sendiri pada bulan April 2013. Tindakan tersebut dibuat mengikut Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1966.

Tiga hari sudah, Liew Ching Tong, Ahli Parlimen DAP Kluang mengeluarkan kenyataan menuduh kononnya wujud rancangan mahu mengharamkan parti DAP oleh Perdana Menteri. Hari ini, Lim Kit Siang pula menagih simpati daripada para penyokongnya dan turut memberikan gambaran kononnya, Barisan Nasional sudah takut dengan DAP dan mahu DAP diharamkan daripada bertanding pada PRU akan datang.

Hakikatnya, tidak wujud sebarang konspirasi. DAP sendiri yang sengaja membiarkan parti mereka berstatus haram dan tidak sah dari sisi perlembagaan Pendaftar Pertubuhan.

20 April 2013, iaitu ketika menjelang PRU-13, Lim Kit Siang berlakon menangis konononnya bimbang DAP tidak dibenarkan bertanding. Menangis kononnya lambang DAP akan dihalang untuk digunakan dan menuduh ROS menganiaya DAP.

Tangisan Kit Siang itu membolehkan masyarakat Cina yang tidak pernah peduli dan tahu tentang undang-undang negara, memberikan kemenangan besar kepada Kit Siang dan calon-calon DAP. Simpati dan marah kepada Kerajaan Barisan Nasional membuak-buak dan akhirnya mereka bersatu memberikan sokongan dan undi kepada DAP.

Ironinya, mengapa DAP sangat takut untuk mengadakan pemilihan CEC semula?

Besar kepala? Ego? Atau ketakutan melampau Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng?

Lim Kit Siang dalam kenyataan terbaharunya berkata, dia akan membuat penjelajahan untuk menerangkan - sebenarnya menipu - kepada para penyokong tentang kemungkinan tersebut. Justeru, dia memikirkan untuk bersara dari politik kerana tidak bersetuju dengan tindakan penguatkuasaan yang mungkin akan diambil oleh ROS.

Dia juga akan mendapatkan maklum balas daripada penyokong tentang Lim Guan Eng yang akan diminta untuk melepaskan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.


Permainan Penipuan dan Pemerdayaan yang sedang dilakukan oleh DAP menerusi Liew Chin Tong dan Lim Kit Siang sedang membesar. Sasarannya adalah masyarakat pengundi Cina yang terpisah daripada maklumat-maklumat semasa tentang penipuan DAP. Di kalangan pengundi-pengundi Melayu pula, golongan tongong dan malas menyemak serta membaca sebaliknya hanya percaya kepada hear-say, akan menjadi agen untuk memperdayakan masyarakat pengundi Melayu secara keseluruhannya sama ada menerusi lisan mahupun menerusi media-media sosial.

Jangan terkejut sekiranya ada yang bersungguh-sungguh berhujah kononnya Najib Abdul Razak takut sangat dengan DAP sehingga DAP perlu diharamkan, walaupun hakikatnya, masalah DAP bukanlah dengan Najib Abdul Razak, tetapi dengan ROS kerana keghairahan mereka menerusi penipuan demi memastikan jawatan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng terjaga!!!!!!! sampai lembu2 mereka sanggup pertahankan ketua mereka yang ternyata penipu besar!!!!

Tuesday, June 20, 2017

Dah Lah 1 Kerusi Saja Yang Ada.. Lagi Mahu Mimpi Nak Jadi PM.


Parti Satu Kerusi Tidak Layak Jadi Ketua Dalam Pakatan Pembangkang.

Semalam, Datuk Seri Najib menyatakan "maka sebab itu, apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hendak mencalonkan diri menjadi Perdana Menteri, adalah tidak masuk akal kerana mereka hanya ada satu kerusi.

PPBM hanya ada satu kerusi, DAP ada 37 kerusi, PKR ada 29 kerusi, PAN ada 6 kerusi dan PPBM hanya ada satu kerusi sahaja. Sebab itulah bila Anwar Ibrahim umum tarik diri sebagai calon PM bagi Pakatan Harapan, maka pembangkang jadi tambah celaru.

Zaid Ibrahim paling seronok bila Anwar tarik diri. Terus dilambungnya Mahathir menjadi calon PM dan membuat kabinet bayangan baru Pakatan Harapan.

Tiada mesyuarat, tiada perbincangan sesama komponen parti kemudian terus sahaja keluar kabinet bayangan. Perkiraan apa dan penilaian dari sudut mana yang dibuat oleh Zaid Ibrahim tiada siapa pun yang tahu.

Inilah masalah pokok dan utama yang patut dibincang dan diselesaikan dahulu oleh Pakatan Harapan. Masalah sebesar gajah didepan mata tidak selesai, kuman DoJ di seberang laut yang mereka sibukkan.

Dalam prinsip demokrasi, parti yang menguasai parlimen yang layak dipertimbang sebagai calon PM. Seperti UMNO yang ada 88 kerusi dalam Barisan Nasional, 13 parti komponen lain akan ditentukan agihan kerusi dan jawatan berdasarkan keputusan mesyuarat.

Bukannya seperti pembangkang yang mana kabinet bayangannya dibincang dalam komen komen penyokongnya dalam Malaysiakini. Ini bukannya pakatan demokrasi, ini pakatan anarki.

Jawatan PM yang Zaid cadangkan diberi kepada Mahathir itu akan jadi satu bahan gelak ketawa sahaja. Ini kerana Mahathir hanyalah mewakili parti yang miliki satu kerusi sahaja.

Pada PRU akan datang pun, parti PPBM dijangka akan mendapat kerusi paling sedikit kerana tidak mendapat sokongan dari rakyat. Jumlah keahlian pun mereka takut hendak umum tetapi teringin mahu jawatan PM.

Zaid yang menamakan Mahathir sebagai PM mengetuai Pakatan Harapan nampak sungguh lebih beremosi dari rasional. Zaid tidak peka bahawa Mahathir tidak popular di kalangan pemimpin Pakatan Harapan

Menamakan calon Perdana Menteri mengakibatkan sikap tidak senang dan mendatangkan pergeseran kepada sesama komponen. Maka itu sebab tiada respon pun datang dari pemimpin lain dari Pakatan Harapan.

Semalam, Kit Siang sudah beri arahan agar semua pemimpin Pakatan Harapan tutup mulut dan jangan bincang soal siapa hendak jadi PM. Tiba tiba, sejam selepas itu Zaid Ibrahim keluar senarai kabinet bayangan DAP.

Satu negara nampak, perebutan jawatan PM yang sedang berlaku dalam Pakatan Harapan. Sampai ke Jepun, Mahathir menyebut hendak menjadi PM. Apa lagi yang hendak disorok Kit Siang, rakyat sudah buka mata.

Perkara 43 (2a), Perlembagaan Persekutuan jelas menyebut Perdana Menteri hendaklah dilantik dari kalangan seseorang yang mendapat kepercayaan ahli dewan rakyat. PPBM hanya ada satu kerusi. Mana ada dalam sejarah sistem parlimen berdemokrasi di dunia, parti yang ada satu kerusi menjadi Perdana Menteri.

Lihatlah pada nasib Parti Sosialis Malaysia yang ada satu kerusi di parlimen Sungai Siput, bolehkah parti itu cakap banyak dalam pakatan pembangkang? Tidak boleh. Inilah nasib malang parti PPBM. Lebih gilakan jawatan yang belum tentu dapat dari menyelesai masalah parti sendiri.

Syed Saddiq, Ketua Armada PPBM masih belum jawab benarkah Mahathir bayar USD$5 juta pada Yayasan Clinton. Mahathir dan Muhyiddin juga masih belum menjawab soalan dari dua exco armada PPBM tentang kekayaan dan skandal Nika Gee.

PPBM ibarat mati segan, hidup tidak mahu.  Namun bernafsu besar menjadi ketua dalam pakatan pembangkang. Bila hendak beritahu jumlah keahlian sebenar PPBM?

Hujung minggu ini sudah masuk Jumaat ke 43, PPBM ditubuhkan. Ramai juga hendak tahu, parti yang ada satu kerusi ada berapa ramai ahli di seluruh Malaysia?

Susah sangatkah hendak beri angka itu?
- Beruang Biru

Wednesday, June 14, 2017

Mana Satu DAP Cauvinist Mahu Pilih Anwar Atau Mahathir?

Imej yang berkaitan

11 Jun 2017, Malaysiakini menulis "Anwar dipersetujui jadi Ketua Umum Harapan". Ini merupakan cerita dalaman tentang apa isi kandungan perbincangan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang berlangsung pada Jumaat, 9 Jun 2017.

Nampaknya, perbincangan itu masih lagi buntu dan gagal memuktamadkan siapa sebenarnya calon PM bagi pihak Pakatan Harapan. Seminggu sebelum itu mereka mesyuarat perkara yang sama di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada 1 Jun 2017.

9 Jun 2017, Zaid Ibrahim, yang kini bersama dalam DAP menyatakan PPBM patut ketuai Pakatan Harapan. Cadangan ini ditolak oleh PKR. Keputusan rasmi tidak diumumkan, bermakna sudah berkali kali mesyuarat pun, mereka masih lagi gagal berpakat sesama mereka.

DAP nampaknya cenderung untuk memilih Anwar. Kit Siang sudah angkat plakad sokong Anwar Ibrahim jadi PM yang ke-7. Namun dalam masa yang sama Mahathir masih lagi mahu memujuk dan menagih simpati DAP untuk menyokongnya menjadi PM sekali lagi.

Kali pertama Mahathir cakap mahu jadi Perdana Menteri ialah pada 1 Jun lepas, dalam satu temubual di Facebook dan kali kedua dalam satu wawancara di Nikkei Asian Review, Jepun pada 6 Jun lalu.

Sampai pergi ke Jepun pun, mengulang lagi niat hendak jadi PM. Anwar masih lagi di dalam penjara. Cerita RM9.5 juta ini sengaja diadakan semata mata untuk beri harapan untuk membebaskan Anwar.

PKR pun buat bermacam cara bagi menunjukkan Anwar masih relevan dan kuat.

Maka timbullah cerita untuk melantik Anwar pula sebagai Ketua Umum Pakatan Harapan. Jawatan yang dulu diwujudkan dalam PKR itu, mahu dibuat sama dalam Pakatan Harapan.

Dalam satu kenyataan semalam, pemimpin 51 tahun DAP, Lim Kit Siang menyatakan bahawa Anwar yang ketika ini masih dipenjarakan, tetap menjadi pilihan untuk dilantik ke jawatan Perdana Menteri jika PH menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Bagaimanapun, kerana dia masih menjalani hukuman kerana jenayah meliwat, orang lain perlu dipilih untuk mejadi Perdana Menteri sementara menunggu Anwar dibebaskan dan dari bunyi kenyataan Kit Siang, orang itu tetap bukannya Mahathir.

Mungkin DAP sudah nampak keupayaan sebenar Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz. Parti yang baru setahun jagung tubuh pun tidak ke mana mana. Ramai yang lari, keluar parti, gaduh sama sendiri dan mulai pertikai kekayaan Mahathir dan skandal Muhyiddin.

PPBM tuduh kononnya exco Armada itu diupah oleh pihak UMNO untuk buat kenyataan media. Tuduhan yang sama pernah dilempar pada Cikgu Kamarul, Setiausaha Kerja PPBM yang juga keluar PPBM.

Tuduhan itu hanya tinggal tuduhan. Tiada bukti dan hanya mahu mengelak menjawab soalan sebenar yang ditanya exco Armada itu. Boleh jadi PKR yang upah exco Armada ini untuk menunjukkan PPBM lemah dan tidak kuat. Boleh jadi juga.

Musuh utama PKR kini bukannya UMNO, tetapi Mahathir. Musuh dan penghalang utama Mahathir hendak jadi PM semula bukannya UMNO, tetapi PKR. Jika sanggup reka cerita RM9.5 juta untuk bebaskan Anwar, PKR juga sanggup reka cerita RM5 juta dibayar Mahathir kepada Musa Hassan pada kes liwat 1999, juga kerana untuk bebaskan Anwar.

Sekarang ini, PPBM dan PKR berlumba lumba hendak memujuk hati DAP.

Apa pun berlaku, DAP lah yang buat keputusan. DAP adalah "king maker" dalam Pakatan Harapan. Soal lukisan logo pun, DAP yang tentukan menerusi Teresa Kok. Apatah lagi soal siapa hendak jadi PM. 

Kenapa DAP yang tentukan? DAP yang paling banyak kerusi dan berkuasa. DAP juga ada agenda lain selepas itu. Sesiapa pun naik, DAP akan pergunakan, kerana mungkin selepas itu orang yang jadi PM adalah DAP.

Jangan cuba cuba menukar kerajaan di Putrajaya. Silap sekali, bukan boleh ditukar lagi. Menangis air mata darah pun tiada guna lagi jika DAP sudah kuasai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan. Kuasa di tangan DAP, Anwar atau Mahathir? - Sumber : Beruang Biru

Thursday, June 8, 2017

Sokong Wan Azizah Atau Sokong Dr Mahathir Jadi PM.. Apa Pendirian Sebenar Dap?

Hasil carian imej untuk KIT SIANG GUAN ENG AZIZAH MAHATHIR

PERMATANG PAUH - Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata, tindakan pemimpin Dap, Zaid Ibrahim yang seringkali membuat kenyataan yang mencadangkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang pada PRU ke 14 akan datang ini, sedikit sebanyak telah menimbulkan tandatanya, apakah Dap mempunyai hasrat tersembunyi untuk menjadikan Tun Mahathir sebagai Perdana menteri Malaysia?

Beliau juga mempersoalkan, adakah suara Zaid yang seringkali secara langsung dan tidak langsung mencadangkan Tun Mahathir menjadi perdana menteri semula ini direstui oleh kepimpinan Dap secara diam-diam, atau Zaid hanya bersendirian tanpa sokongan parti dalam kenyataan-kenyataan itu.

“Saya pelik juga, Dap dalam kenyataannya meletakkan Wan Azizah sebagai bakal perdana menteri namun dalam masa yang sama, membiarkan pemimpinnya Zaid Ibrahim membuat kenyataan umum yang menjurus kepada sokongan kepada Tun Mahathir untuk kembali menjadi Perdana Menteri.

Hasil carian imej untuk LIM KIT SIANG GUAN ENG AZIZAH ANWAR MAHATHIR

“Apakah ada niat terselindung Dap di sebalik kenyataan Zaid Ibrahim itu? Persoalan ini timbul memandangkan pendedahan Tun Aziz mendakwa wujudnya pertemuan dan perbincangan sulit antara Lim Kit Siang dan Tun Mahathir berhubung soal jawatan perdana menteri dan timbalan perdana menteri pembangkang.

“Timbul juga persoalan, adakah Dap kini cuba bermain politik selamat dengan menzahirkan sokongan terhadap Wan Azizah sebagai perdana menteri dan dalam masa yang sama secara diam-diam turut memberikan sokongan kepada Tun Mahathir kembali menjadi perdana menteri Malaysia?,” soalnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kecelaruan di kalangan parti pembangkang dalam isu menentukan siapa bakal PM dan TPM pihak pembangkang.

Katanya lagi, kemelut perebutan kuasa, percanggahan pendapat serta pandangan kerana kepentingan peribadi dan kepartian yang sedang berlaku di di antara parti pembangkang hari ini memperlihatkan kelemahan mereka untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku.

“Kita bimbang dengan kemampuan dan kebolehan kepimpinan pembangkang dalam menyelesaikan masalah. Isu-isu seperti pembahagian kerusi, siapa bakal menjadi PM dan TPM, isu ksesatuan matlamat dan beberapa isu lagi masih tidak selesai malah berlarutan sehingga ke hari ini.

“Bahkan isu-isu tersebut jugalah yang menjadi punca perpecahan pakatan pembangkang sebanyak dua kali ketika dianggatai oleh Dap, Pas dan PKR. Masalah yang masih tidak selesai itu saya lihat akan bertambah kritikal apabila wujudnya dua lagi parti baru pembangkang, iaitu PPBM dan PAN,”tegasnya.

Sehubungan itu, beliau meminta pengundi di negara ini agar berfikir dan menimbangkan dari pelbagai sudut dalam membuat keputusan untuk memilih pemerintah pada PRU yang akan datang agar segala usaha pembangunan dan kemajuan demi rakyat dan negara terus akan dilaksanakan tanpa sebarang masalah.

“Kita sebagai rakyat, harus matang dalam melihat perkara ini. Kita tidak boleh memberikan kuasa kepada sebuah pakatan parti politik yang bercelaru dan tidak mampu menyelesaikan masalah dan konflik dalaman mereka sendiri. Kelak, jika diberi kuasa, mereka akan bercakaran sesama sendiri. Lihat contoh bagaiman PKR menjatuhkan Tan Sri Khalid dengan cara yang jijik dan keji bermodalkan fitnah.

“Dan BN pula telah terbukti sejak selepas merdeka sehingga ke hari ini, masih stabil dari sudut hubungan kerjasama dan kesatuan matlamat dalam membina sebuah negara bangsa yang maju dan berjaya. Walaupun tidak sempurna, namun BN membuktikan bahawa mereka mampu berkhidmat untuk memberikan keselesaan kepada rakyat seperti apa yang kita ada hari ini,” ujarnya.-MediaUMNO

Monday, June 5, 2017

Mahu Jadi PM Kembali, Mahathir Hanya Bertepuk Sebelah Tangan Sahaja


Amat malang nasib Mahathir sejak dua menjak kebelakangan ini , apabila semua tindakannya menemui jalan buntu. Selain menemui jalan buntu , Mahathir juga sudah lagi tidak dihormati oleh pihak komponen dalam Pakatan Harapan.

Parti bunga pun sudah dijangkiti virus. Ramai sudah keluar parti. Perpecahan dalaman tidak boleh diselindung lagi. Hendak jadi PM sekali lagi, tetapi DAP, PKR dan PAN terus sepi.

Dahulu di era Mahathir memerintah dengan cengkaman kuku besi dan ala diktatornya, akhbar pro kerajaan pernah mengumpamakan “jika Mahathir batuk sahaja , UMNO akan demam” , namun kini jelas , Mahathir menjerit pun tiada siapa yang endahkannya.

Masa berlalu. Zaman berubah. Orang parti setia pada parti, bukan taksub pada individu.  Mahathir bukan lagi individu eksklusif malah dianggap sebagai telah “overstay his welcome”.

Kini setelah melihat semua parti komponen dalam Pakatan Harapan setuju menamakan Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke 7 , Mahathir terasa dirinya dipinggir dan dimalukan. Lalu Mahathir membuat kenyataan dirinya mungkin akan terpaksa menjadi Perdana Menteri jika keadaan memerlukan.

Ini seolah olah mahu menafikan resolusi PH bahawa Anwar PM ke 7. Maka Mahathir berharap pengumuman yang dia buat pada 1 Jun 2017 itu mendapat respon positif DAP, PKR dan PAN.

Ketiga tiga parti itu tidak menari pun dengan pengumuman Mahathir itu. Mereka masih dengan irama dan tarian mereka sendiri. Bermakna DAP dan PKR sudah tunjuk kuasa.

Boleh diumpamakan Mahathir hanya tepuk sebelah tangan sahaja. Kenyataannya dilayan sebagai “non issue” oleh sekutunya dalam PH. Mahathir umpama menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri, bila buat pengumuman hendak jadi PM semula.

Dua kali "terpecik air ke muka (malu)". Pertama bila plakad Anwar sebagai PM ketujuh diangkat pada 21 Mei 2017. Keduanya bila buat pengumuman hendak jadi PM semula pada 1 Jun 2017. Dalam masa dua minggu, dua kali Mahathir dimalukan.

DAP yang dominan dalam PH dengan 37 kerusi, PKR kedua dominan dengan 29 kerusi, PAN ada 6 kerusi dan PPBM hanya ada 1 kerusi sahaja. Mana boleh parti yang ada 1 kerusi mahu menjadi Perdana Menteri?

Muhyiddin pada 26 Mac 2017, pernah mencadangkan PPBM menjadi ketua dan teras kepada Pakatan Harapan. Cadangan ini ditolak mentah mentah sahaja oleh DAP. Apa PPBM boleh buat?

Terpaksalah Muhyiddin datang melayan Guan Eng berbuka di bulan puasa. Semuanya kerana parti Mahathir itu lemah. Terpaksa minta sokongan dari DAP untuk nampak kuat.

Mahathir sudah sindir kajian calon PM yang dilakukan oleh Rafizi sebagai syok sendiri pada 25 Mei 2017. Apakah Mahathir tidak sedar bahawa pengumuman dia juga syok sendiri? DAP, PKR dan PAN tidak layan pun.

Dalam satu ceramah di Rawang pada 6 Julai 2012, Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa Mahathir adalah orang yang paling takut kalau dia menjadi PM. Mahathir pula pernah kata ;

"Memang Anwar dari dulu, saya tidak tahu gila kuasa atau tidak, tetapi beliau masuk Umno bukan kerana sayang kepada Umno kerana jika tak masuk Umno, tak boleh jadi perdana menteri" pada 29 Januari 2014.

Mahathir dan Anwar masing masing takut antara satu sama lain. Sekarang ini apa yang Mahathir kata pada Anwar ibarat paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Dua dua sama sahaja, gila kuasa hendak jadi PM.

Yang membezakan sekarang adalah DAP, PKR dan PAN bertepuk dua belah tangan mahu Anwar jadi PM. Mereka hanya mentertawakan sahaja melihat Mahathir syok sendiri mahu jadi PM sekali lagi.- Beruang Biru



Friday, June 2, 2017

KWSP & Florence Goh Buktikan Rafizi Memang Kaki Putar Alam

Image result for rafizi putar alam dibuktikan oleh kwsp dan florence goh

Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, akhirnya seorang ahli parlimen pembangkang yang suka menabur fitnah dan cerita bohong terkantoi juga akhirnya.

Terang-terang terbukti beliau memang kaki putar alam apabila terbukti menipu dalam tuduhan ke atas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan ke atas Florence Goh.

Naib Presiden PKR, yang juga Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli kini merupakan wakil rakyat yang paling aktif memfitnah di Malaysia. Nampaknya Rafizi ini kerja utamanya adalah memfitnah bukannya servis kepada rakyat.

Pada 20 Mei 2015, Rafizi membuat fitnah dengan mengatakan pelaburan KWSP kepada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berisiko tinggi dan akan menjejaskan kepentingan pencarum jika tidak mengeluarkan caruman mereka.

Image result for rafizi putar alam dibuktikan oleh kwsp dan florence goh

Rafizi kata KWSP akan rugi. KWSP pada masa itu kata Rafizi terdedah kepada risiko kewangan 1MDB melalui pelaburan dan pegangannya yang berjumlah RM1.72 bilion.

Rafizi terkantoi berbohong apabila untuk suku pertama tahun ini berakhir 31 Mac 2017, pendapatan pelaburan KWSP meningkat RM11.79 bilion meningkat sebanyak 73.9 peratus berbanding perolehan RM6.78 bilion pada tempoh sama tahun lepas.

Pada awal tuduhan dulu, ramai pencarum KWSP yang mahu mengeluarkan caruman selepas terpengaruh dengan cerita bohong dan putar belit pemimpin PKR ini.

Terbaru, Pengarah syarikat CRT Insights Technologies, Florence Goh Siew Boy mendedahkan tembelang fitnah Rafizi dengan menafikan dakwaan pemimpin pembangkang itu. Florence mendakwa beliau tidak terlibat dalam sebarang kontrak dengan kerajaan untuk menjadi pelobi untuk kerajaan.

Pada 27 Mei 2017, Rafizi menuduh Siew Boy merupakan bos syarikat yang diupah oleh kerajaan untuk menjadi firma pelobi untuk kerajaan Malaysia kepada Amerika Syarikat (AS).

Lepas dah terperangkap, dengan mudah Rafizi memohon maaf kepada media dengan alasan tersilap mengenalpasti seorang wanita yang dikatakan ada nama yang sama iaitu Florence Goh juga.

Sudah buat fitnah terang-terang, kemudian senang senang sahaja Rafizi kata dia buat silap. Bermakna, sebelum membuat tuduhan tersebut, Rafizi tidak menyemak dengan terperinci dan hanya membuat tuduhan dengan andaian dan persepsi sahaja.

Orang sebegini kalau dia membuat dakwaan atau tuduhan lagi, janganlah layan dan percaya lagi.

Sudah 12 kali Rafizi lakukan fitnah semata mata bertujuan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional (BN). 12 kali fitnah ini rasanya rekod paling banyak memfitnah bagi seorang ahli politik di Malaysia.

Pada 12 Januari 2013, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang ketika itu Menteri Pertahanan telah memfailkan saman malu ke atas Rafizi kerana menerbitkan artikel fitnah di blognya.

Pada 12 Julai 2014 pula, ada laporan polis dibuat oleh Ahli Jawatankuasa PKR Kapar Wan Adnan yang mendakwa Rafizi salah guna nama Sultan Selangor dalam isu menggantikan Menteri Besar negeri berkenaan.

Ini lebih menarik, pada 26 Januari 2016, dia didenda RM1,800 oleh Mahkamah Sesyen kerana menuduh UMNO terlibat dalam serangan ke atas gereja menggunakan Molotov dalam satu artikel yang diterbitkan oleh The Edge pada 2014.

Si pemfitnah ini sebenarnya sudah pun dihukum penjara 18 bulan atas kesalahan memiliki secara salah halaman 98 Laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB, Rafizi didakwa di bawah Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972.

Makin hari, ramai orang sudah tahu permainan putar belit Rafizi dan tidak mengendahkan apa yang diperkatakannya. Hanya yang bodoh sahaja masih mahu percaya apa Rafizi cakap.

Lagipun, tak lama lagi Rafizi akan bersama-sama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim berjiran dalam penjara apabila selesai proses rayuan nanti. - Beruang Biru

Tuesday, May 16, 2017

'Perceraian Politik' PAS-PKR Buka Gelanggang PRU14 Lebih Luas - Penganalisis Politik

Image result for PAS DAN PKR RETAK

"Perceraian politik" di antara PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menjadikan gelanggang pilihan raya umum (PRU) ke-14 menyaksikan pertandingan yang lebih rancak bagi merebut sesuatu kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri di kalangan semua parti politik, kata penganalisis politik tempatan.

Mereka berpendapat keputusan PAS kelmarin, untuk memutuskan tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan PKR yang terjalin sejak pilihan raya umum ke-11 itu, menyemarakkan lagi arena politik negara yang kini dilihat lebih kepada perjuangan mencari rakan kongsi dan rakan dagang ataupun menjadi 'lone ranger' sewaktu PRU14 nanti.

Pensyarah dan penganalisis Geo-Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM, Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali berkata semestinya perceraian politik ini membawa kepada pertandingan tiga atau empat penjuru dalam merebut sesuatu kawasan Parlimen atau dewan undangan negeri dan situasi ini tidak boleh dielak lagi pada pilihan raya umum akan datang.

"Yang totok (penyokong tegar) akan terus berpihak kepada parti masing-masing sama ada UMNO, PAS atau PKR. Dalam kajian kita, kebiasaannya, gabungan yang terkuat akan berpeluang tinggi untuk memenangi pertandingan ini seperti Barisan Nasional (BN).

"Namun jangan dilupakan, kawasan kubu kuat PAS pasti akan terus padu kerana tidak perlu lagi menjaga hati rakan sepermainan seperti sebelum ini dalam isu meletakkan calon atau kawasan yang ingin ditandingi mereka. Itulah permainan politik sekarang," katanya kepada Bernama.

Majlis Syura Ulama PAS kelmarin sebulat suara mengambil keputusan menamatkan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR secara serta-merta dan keputusan itu dibuat sebagai merujuk kepada tindakan PKR melanggar beberapa syarat kerjasama politik antara PAS dan PKR yang terjalin sejak sekian lama.

Keputusan Majlis Syura PAS itu sememangnya dijangkakan selepas Muktamar PAS yang berlangsung baru-baru ini di Alor Setar, Kedah meluluskan usul sebulat suara supaya kerjasama politik antara kedua-dua parti itu ditamatkan berikutan PKR dilihat tidak menghormati PAS sebagai rakan sekutu mereka.

Mohd Fuad menarik perhatian, PAS yang terkenal dengan jentera kerja keras itu tidak ada masalah untuk bergerak sendiri tanpa sokongan parti lain kerana matlamat mereka adalah untuk memperjuangkan Islam dan bukannya agenda peribadi pakatan.

Jelasnya, episod perceraian politik ini dijangka berpanjangan dengan PAS pastinya akan menuntut semula kerusi yang dipinjamkan kepada PKR seperti di Gombak untuk diduduki semula dan bertanding di kawasan yang sebelum ini 'dinasihatkan' sekadar menyokong dari belakang sahaja.

Sementara itu, seorang lagi penganalisis politik Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat pula percaya perkembangan politik di Selangor pastinya akan menambah drama dalam perceraian politik ini memandangkan PAS Selangor telah membuat keputusan untuk mengekalkan tiga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka di dalam barisan EXCO negeri.

"Inilah yang pelik dalam politik kita, corak baharu yang mana sesebuah parti itu saling bersaing untuk menunjuk kekuatan bagi meraih perhatian orang Melayu. Jika ada yang berjaya mendapat bantuan dan sokongan parti lain, pastinya mereka akan menjadi kuat dan membentuk kerajaan.

"Ini belum lagi episod lompat parti. Jadi segala-gala kemungkinan baharu pasti ada seolah-olah petanda yang PRU14 semakin dekat," katanya.

Sementara itu, Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata tindakan PAS bercerai politik dengan PKR itu adalah langkah awal untuk mengatur strategi menghadapi PRU14 tanpa sebarang bantuan rakan sekutu untuk bergerak bersendirian.

"PAS sudah menjalankan kuasa prerogatif mereka dan satu langkah yang menggambarkan mereka tidak akan bekerjasama baik dengan PKR mahupun Pakatan Harapan. Ini isyarat kepada bekas rakan mereka dalam kem pembangkang untuk susun strategi tanpa PAS," katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan perceraian politik ini hanya akan menguntungkan PAS dan UMNO sahaja berbanding parti-parti lain jika dilihat dari segi momentum sokongan dan keupayaan jentera pilihan raya mereka selama ini.

Wednesday, May 10, 2017

UMNO Perlu Kuasai Media Sosial Tambat Hati Generasi Muda


UMNO perlu lebih agresif menangkis serangan dan tohmahan bertali arus oleh 'keyboard warrior' terhadap parti itu di media sosial, dalam usaha menarik penyertaan lebih ramai golongan muda, demikian saranan beberapa pemimpin muda.

Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Nor Liyana Izzati Mohd Fauzi berkata perkara itu penting bagi mengelak generasi masa kini mempercayai bulat-bulat gambaran negatif serta maklumat tidak sahih disebarkan pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan mereka berisiko menjauhi UMNO, yang akan menyambut ulang tahun ke-71 penubuhannya esok (11 Mei).

Katanya jentera media sosial UMNO melibatkan penggunaan medium seperti Facebook, Twitter dan Instagram perlu diperkasakan lagi dengan menyalurkan fakta jelas bagi memudahkan pemahaman generasi Y berhubung pelbagai isu termasuk fitnah politik yang sering ditimbulkan pihak tertentu untuk menjatuhkan parti.

"Media sosial merupakan sumber rujukan utama belia ketika ini, justeru UMNO perlu mengambil pendekatan serius bersifat menyeluruh dan terancang dalam menyalurkan maklumat berkaitan parti selain menentang segala dakyah terutama daripada pembangkang bagi memastikan parti mendapat sokongan anak muda.

"Sokongan mereka amat penting dalam memastikan UMNO terus relevan seiring usaha meremajakan parti seperti diuar-uarkan pemimpin tertinggi parti sekali gus memastikan persiapan ampuh bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara dari Tanta, Mesir, Shahrul Naim Mat Ludin berkata pemimpin UMNO daripada semua sayap parti, juga perlu aktif menggunakan platform media sosial serta berinteraksi secara kreatif dengan generasi Y di lapangan terbabit.

Ia, katanya merupakan alternatif terbaik bagi mendekati generasi muda sekali gus mendengar suara hati mereka menerusi kaedah yang lebih mesra, santai dan tidak terlalu protokol.

"Pendekatan aktif di media sosial seperti diamalkan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin antara contoh terbaik yang seharusnya dicontohi anggota UMNO lain dalam usaha menarik sokongan anak muda terhadap parti.

"Pelancaran aplikasi Malaysia4All oleh Penerangan UMNO Malaysia baru-baru ini, dilihat sebagai antara satu langkah positif dan bersifat kehadapan parti dalam menggunakan sepenuhnya medium internet, katanya.

Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa Biro Kebajikan UMNO Malaysia Dr Muhamad Akmal Saleh berkata kredit perlu diberikan kepada kepimpinan tertinggi UMNO kerana tidak ketinggalan menggunakan media sosial sebagai salah satu alat untuk berinteraksi dengan ahli UMNO dan juga rakyat khususnya generasi muda.

"Dulu suara anak muda mungkin susah atau sukar nak didengari sebab pelbagai lapisan perlu dilalui untuk sampai ke pemimpin atasan dan kini kita perlu memberikan kredit kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang aktif dalam media sosial," katanya.

Beliau berkata pelbagai masalah disuarakan pengikut laman sosial presiden UMNO itu termasuk pemimpin yang lain, dan respons yang diberikan juga tepat dan cepat.

Dr Muhamad Akmal berkata transformasi UMNO juga perlu dilakukan secara dalaman, sambil anggota UMNO perlu lebih terbuka untuk membincangkan usul-usul sensitif orang Melayu seperti hak istimewa orang Melayu supaya dilihat lebih terbuka.

"Kita ada TN50 dengan kita membincangkan wawasan jangka masa 20 hingga 30 tahun yang akan datang jadi kita harus lebih terbuka, ahli UMNO harus mampu untuk duduk berbincang apakah relevannya hak istimewa orang Melayu dan betapa pentingnya hak itu.

"Kita harus lihat UMNO itu relevan bukan saja di mata rakyat Melayu tapi di mata hati setiap rakyat Malaysia, katanya.

Thursday, May 4, 2017

#Skandal Forex : Auta Mahathir Memuji Kit Siang Kerana Takut Dipenjara


Pertama Kalinya Mahathir Puji Kit Siang Sebab Takut Dipenjarakan Isu Forex. Jika dilihat pada entri terbaru Mahathir pada 3 Mei 2017 dalam blognya “Che Det” kita boleh melihat Mahathir sedang memujuk Kit Siang agar bercakap bohong dalam siasatan khas isu Forex.

Jenama DAP yang sekian lama dijijikkan oleh Mahathir sendiri selama berpuluh tahun, kini pertama kalinya Mahathir memuji DAP bersungguh sungguh sampai berjela jela tulisannya. Ini tindakan “desperado” dari Mahathir kerana takut Kit Siang akan bercakap benar bila dipanggil untuk siasatan Forex Scandal Bank Negara Malaysia.

Mahathir memulakan tulisannya berkenaan DAP dengan perkataan ini – “Banyak sudah yang di perkatakan berkenaan DAP”. Sebenarnya yang banyak berkata berkenaan DAP dalam nada negatif dan kritikan selama berpuluh tahun adalah Mahathir sendiri. Yang gelar Kit Siang bapa rasis adalah Mahathir sendiri.

Maka Mahathir sedang mencuci balik kata katanya itu, yang dia sendiri dilemparkan kepada DAP dulu. Orang orang dan ahli ahli UMNO membenci DAP sebahagiannya juga adalah atas pengaruh kebencian yang dididik Mahathir terhadap DAP dan Kit Siang.

Selama berpuluh puluh tahun Mahathir tiada cerita yang baik berkenaan DAP dan Kit Siang. Itu semua orang tahu melainkan mereka yang baru tumbuh gigi dalam arena politik.

Ada beberapa perkara yang boleh dikatakan sebagai elemen sebab musabab Mahathir terpaksa menjilat DAP dan Kit Siang. Antaranya adalah rencana awal mahu menyelitkan anaknya menjadi ahli Parlimen bertanding dan menumpang di kerusi selamat DAP.

Maka sebab itulah ketika menjelajah berceramah baru baru ini, Mahathir sentiasa bercerita baik berkenaan DAP dan menyatakan dirinya sekian lama telah tersalah menafsirkan DAP kepada orang Melayu. Mahathir lebih banyak bercerita berkenaan DAP melebihi parti PPBM yang diterajuinya sendiri.

Jika dilihat pada para 4, 5, 6, dan 7 , kita dapat meragui kenyataan Mahathir dan mempersoalkan sama ada selama ini Mahathir berbohong atau selama ini Mahathir jahil berkenaan DAP?

Apakah selama 22 tahun, baru hari ini Mahathir tahu berkenaan DAP seperti yang cuba disampaikan pada artikelnya itu? Atau , hanya selepas UMNO menyisihkannya barulah Mahathir bertukar nada?

Adakah jika Datuk Seri Najib melayan kehendak peribadi Mahathir, apakah kenyataan terhadap DAP semua ini tidak akan wujud? Hanya ada satu sahaja jawapan, sama ada Mahathir selama ini jahil , atau selama ini jahat?

Kepada semua perkara di atas, satu perkara amat jelas. Lim Kit Siang adalah penulis dua buah buku berkenaan skandal kewangan Bank Negara pada zaman Mahathir. Kedua buah buku itu tidak pernah disaman atau dicabar kesahihan ceritanya oleh Mahathir. Oleh kerana, ketika itu kuasa dan Perdana Menteri selepas Mahathir adalah dbawah cengkaman Mahathir sendiri.

Mahathir tahu skandalnya tidak akan dibawa ketengah. Namun , sebaik sahaja Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri , maka Mahathir menyedari Najib adalah Perdana Menteri UMNO yang dia dan kroninya tidak dapat kawal dan kuasai.

Maka kes kes dan skandalnya mungkin akan terdedah , hatta kes kehilangan wang rakyat melalui perjudian BNM FOREX kini bakal di dedah melalui RCI selepas Task Force menjalankan siasatan awal. Apa yang menarik dan menakutkan Mahathir adalah penulis buku skandal kewangannya iaitu Lim Kit Siang bakal menghadapi panel Task Force dalam masa terdekat ini.

Maka untuk melaksana kan “tit-for-tat” kerja kerja mencuci taik DAP dan Kit Siang sedang diusahakan melalui tulisan Tun Mahathir demi mengambil hati Kit Siang yang begitu ghairah menyerang isu FOREX dan BMF.

Ini umpama perjanjian “kau garu belakang aku, aku garu belakang engkau”.

Pada isu FOREX , Kit Siang boleh memilih antara dua, mahu berjujur seperti tulisan dalam bukunya atau mahu cuba selamatkan “Mahathir” yang sedang DAP jadikan alat memikat undi Melayu.

Maka terlalu jelas waktu ini itulah sebabnya tiba tiba pada entri terbaru Mahathir terlihat pertama kalinya Mahathir memuji DAP secara tiba tiba dan tidak semena mena.

Benar bagai dikata , Mahathir amat takut jika yang menjadi Perdana Menteri itu bukan dari mereka yang dia dapat kawal. Ini kerana, Mahathir telah menzalimi ramai orang ketika memerintah lalu dia amat takut jika ada antara mereka yang menuntut keadilan dan penghakiman melalui Perdana Menteri yang berkuasa.

Ini boleh dilihat pada kes Tun Salleh Abas apabila mendapat ganti rugi melalui Abdullah Badawi.

Pada hari ini individu seperti Datuk Murad yang terasa dizalimi mahukan keadilan dan kebenaran melalui Datuk Seri Najib , hatta kes FOREX dibuka untuk siasatan.

Ramai juga yang dizalimi oleh Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri, antaranya mereka yang terbabit pada kes BMF yang terpaksa menanggung sendiri kesalahan walaupun dipercayai melakukannya atas arahan “verbal” Mahathir.

Begitu juga kepada bekas Gabenor Bank Negara , Tan Sri Jaafar Hussin dimana menantunya Nur Jazlan menyatakan bapa mertuanya terpaksa mengaku untuk menyelamatkan pihak lain.

Maka itulah sebabnya Mahathir menulis puji pujian terhadap DAP seolah olah selama berpuluh tahun sebelum ini dia amat jahil berkenaan apa yang dia tulis hari ini.

Itulah sebabnya Mahathir, selagi hidup mahu usahakan anaknya atau “orang” nya menjadi Perdana Menteri. Ini untuk memberi mesej kepada mereka yang Mahathir zalimi kononnya dia masih berkuasa, masih boleh menentukan kuasa supaya mereka yang mahu balas dendam merasa kuatir atau takut untuk meneruskan hasrat mereka.

Mahathir hanya boleh tidur malam hanya apabila anaknya dapat dijadikan Perdana Menteri.

Ketika itu banyak perkara dapat diluluskan dan dilepaskan. Selain dari itu mereka yang mahu membalas dendam akan terus takut dan berdiam diri.-BeruangBiru

Thursday, April 27, 2017

Skandal Forex: Mahathir Perlu Jawab Kenyataan Media Anwar

MNA

Adakah Mahathir Berani menafikan Kenyataan Media Anwar. Kita semua cabar Mahathir untuk menjawab dan menafikan skandal tersebut. Jika selama ini pual-puak pembangkang tiap hari asyik mahu PM menjawab isu 1MDB, sekarang giliran Mahathir pula kita mahu beliau berbuat demikian.... adakah Mahathir Berani? Kita cabar beliau jika rasa bertelor...

Semua tahu yang Parti PPBM dan Parti PKR adalah rakan sepakatan dalam Pakatan Harapan. Mahathir adalah Pengerusi parti PPBM. Manakala Anwar Ibrahim pulak Penasihat PKR. Sekarang cuba baca kenyataan media yg dibuat oleh Anwar mengenai soal siasat Skandal Forex. Baca..hadam..pastu pikiaq sendiri kesimpulannya.



KENYATAAN MEDIA


Berkenaan Kerjasama Saya Dengan Pasukan Petugas Khas Forex

Saya memilih untuk bekerjasama dengan Pasukan Petugas Khas Forex selaku mantan Menteri Kewangan 1991-1998. Saya berpuas hati dengan ruang yang diberikan oleh Pengerusi Tan Sri Sidek dan jawatankuasa.

Dalam kesempatan singkat pada 20hb April lalu, saya telah jelaskan antara lain bahawa:

1. Sebaik menyandang jawatan Menteri Kewangan, Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Tan Sri Zain Azraai Zainal Abidin) ada menyentuh urusan dagangan matawang oleh Bank Negara Malaysia. Menurutnya, sejak 1989, Perbendaharaan Amerika (Fed); Bank Pusat England dan IMF telah memaklumkan bahawa penglibatan BNM dalam urusan tersebut dianggap membimbangkan.

Berikutnya, dalam taklimat Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Jaafar Hussein, beliau menafikan keterlibatan BNM sambil menekankan bahawa penglibatan BNM adalah sah sekadar mempertahankan kedudukan ringgit dalam pasaran.

2. Masalah mula dikesan laporan yang membimbangkan dari media antarabangsa dan pasaran Zurich, sekitar akhir 1991 dan awal 1992, dan perkara tersebut dikemukakan semula kepada Gabenor BNM. Tan Sri Jaafar memberikan keterangan yang sama dan memaklumi bahawa Pengarah Urusan tersebut di BNM adalah Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Namun, manakala deraf awal audit BNM 1991 dibentangkan, Perbendaharaan melahirkan kebimbangan. Gabenor BNM akui jumlah terlibat adalah lebih besar dari yang dijangka. Memandangkan saya dan Kementerian Kewangan tidak dimaklumkan mengenai hal tersebut, Gabenor sendiri yang menjelaskan kepada media dengan menyebut "kerugian atas kertas".
Berikutnya saya terpaksa menangani permasalahan tersebut di Parlimen, terutama persoalan-persoalan yang dibangkit Ketua Pembangkang ketika itu, YB Lim Kit Siang. Kerajaan memberikan penjelasan BNM sambil menjelaskan keutuhan ekonomi. Namun, saya menegaskan arahan agar BNM menghentikan dagangan Forex tersebut.

3. Dari perkembangan tahun berikutnya, 1993, ternyata urusan tersebut diteruskan; dan jumlah kerugian ketika itu, dianggar sekitar RM9 bilion hingga RM10 bilion.  Gabenor BNM membuat pengakuan kepada saya bahawa Tan Sri Nor Mohamed Yakcop tidak memberi laporan tepat kepadanya dan beliau telah menerima perletakan jawatan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sebagai petugas yang bertanggungjawab. Tan Sri Jaafar sendiri mengambil tanggungjawab sepenuhnya, walaupun saya akui kewibawaannya dan percaya bahawa beliau tidak diberikan keterangan lengkap oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

4. Tan Sri Ahmad Don yang mengambil alih tugas Gabenor BNM pada tahun 1994 telah bertindak menghentikan dagangan tersebut, dan mula membayar kerugian sekitar RM500 juta setiap tahun. Pengurusan BNM bertambah mantap, diperkemas dengan laporan dasar yang lebih teratur kepada Menteri Kewangan.
Jumlah kerugian akhirnya dianggar sekitar 15 hingga 30 bilion ringgit tertakluk kepada cara BNM mengaudit dan mencatat potongan 'contingency fund', 'reserve fund', 'insurance fund'; kos membendung inflasi dan mempertahan ringgit.

5. Setelah saya dipenjarakan pada September 1998, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop telah dilantik sebagai penasihat ekonomi kepada Perdana Menteri. Dan lebih serius lagi apabila beliau dilantik Menteri Kewangan Kedua pada 2008; walaupun ketika diberhentikan pada tahun 1998, Kementerian Kewangan telah mengemukakan syarat bahawa beliau tidak boleh lagi terlibat dalam mana-mana institusi kewangan negara.

6. Dalam pertemuan dengan Pasukan Petugas Khas Forex ini, berulangkali saya tegaskan keperluan dibekalkan dengan laporan dan dokumen untuk memastikan perjalanan lebih telus dan teratur. Perkara ini belum dilaksanakan. Saya juga perhatikan masalah wujud manakala keputusan Pengerusi membenarkan peguam saya, R Sivarasa, hadir untuk saya rujuk, tetapi keputusan ini diketepikan oleh seorang pegawai di Kementerian Kewangan.

Anwar Ibrahim
26 April 2017

Wednesday, April 19, 2017

10 Faktor Kerajaan DAP Pulau Pinang Akan Tumbang


Percaya atau tidak, penggal ini merupakan yang terakhir bagi Kerajaan DAP Pulau Pinang berkuasa di negeri pulau mutiara itu. Penggal pertama dan kedua, DAP perintah, kerana ada rakyat terpengaruh dengan propaganda jahat mereka. Namun sekarang ini, DAP tidak mampu lagi hendak menipu pengundi buat kali yang ketiga.

Kenapa ada cakap cakap bahawa roket DAP di Pulau Pinang bakal jatuh pada PRU14? Ada 10 faktor utama yang menjadi penyebab kepada kekalahan itu. Pertamanya 25 buah kampung Melayu telah lenyap hasil pemerintahan 'kejam' DAP. Keahlian Umno pula naik dengan mendadak sehingga 35 peratus, di samping keahlian PAS juga naik 30 peratus. Petunjuk pengundi Melayu juga bertambah 9% berbanding PRU13 yang lalu menjadi 44%.

Faktor keempat yang paling menakutkan DAP, apabila terdapat 18 DUN di negeri itu yang majoritinya adalah pengundi Melayu. PKR mungkin hilang semua kerusi jika PAS masuk di semua kawasan ini. Kerana sikap diktator Guan Eng, kajian mendapati sokongan terhadap DAP menurun 25 peratus di kawasan sebelah pulau. Ini menjadi faktor kelima mengapa DAP akan tumbang di sana.

Bukan sahaja di sebelah pulau, sokongan pengundi terhadap 'parti chuavinis' itu juga turun merudum sebanyak 35 peratus di Seberang Perai. Ini diakui kerana ketidakcekapan kerajaan DAP dalam isu-isu seperti tebatan banjir serta tambak laut yang menjejaskan kehidupan nelayan.

'Bala' terbesar buat Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri adalah skandal banglonya. Guan jelas sudah kantoi dalam isu banglo ini, hanya menunggu masa untuk mendapat hukuman sahaja. Skandal banglo, rasuah kroni dan isu Taman Manggis menjadi faktor penyebab pengundi bakal menolak DAP di Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) akan datang.

Faktor kesembilan yang sedang menghantui DAP di Pulau Pinang adalah isu rasuah yang melibatkan kroni Guan Eng, isu terowong, serta isterinya sendiri. Rata-rata pengundi sudah mula muak dan rasa tertipu dengan Guan Eng yang sebelum ini amat sombong bila bercakap soal kronisme dan nepotisme.

Faktor terakhir yang bakal membuatkan DAP 'berputih mata' untuk terus mengekalkan kuasanya di Pulau Pinang adalah perpecahan dalaman parti, yang kebanyakan pemimpjn akar umbinya tidak berpuas hati dengan Guan Eng dan keluarganya.

Apa tidaknya, keseluruhan parti itu diurus mengikut cara mereka sendiri bagi mengekalkan kuasa 'Legasi Lim'. Sebab itu sudah ada suara suara mendesak Guan Eng meletak jawatan sahaja. Inilah 10 faktor yang menjadi penyebab kerajaan DAP di Pulau Pinang bakal kalah teruk dan akan dihukum oleh pengundi pada PRU14 nanti.

DAP dijangka akan hilang 5 kerusi, PKR dijangka kalah semua kerusi pada PRU14 nanti. BN dan PAS akan menambah kerusi. Rakyat Pulau Pinang tidak mahu jadi bodoh buat kali ketiga.

Cukuplah dua kali terkena dengan janji janji manis DAP, rakyat tidak sabar hendak menghukum DAP di atas kertas undi nanti.- BeruangBiru

Tuesday, April 18, 2017

Mahathir Ungkit Semula Isu Kafir Mengkafir Untuk Serang PAS


Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dalam tulisan terbaru di blognya mula menyerang PAS. Mahathir sekarang takut sangat dengan PAS.

Kenapa? Sebab Mahathir tidak dapat tarik ahli UMNO untuk keluar dan masuk PPBM. Mahathir juga gagal tarik keluar orang PAS masuk PPBM.

Mahathir mungkin tidak puas hati rundingan antara partinya, PPBM dan PAS untuk bekerjasama tidak berjaya.

PAS pula punyai jentera yang kuat di kalangan pembangkang. Jika PAS tiada dalam PH, jentera siapa yang boleh diharap bantu PPBM? Jentera PKR jadi yang paling kuat.

Jentera PKR yang otai otai sudah pasti memaki dan menghamun Mahafiraun itu kerana dendam lama mereka. Mereka pasti akan boikot jika PPBM bertanding. Silap silap mereka sabotaj lagi.

Dengan PAS lah Mahathir berharap boleh berkawan. Mahathir berharap boleh gunakan jentera PAS untuk kempen pada PRU14. Harapan itu berkecai.

PAS tetap mahu tanding sendiri. Mahu lawan di 80 tempat. Semua tempat itu pula, tempat idaman PPBM.

Apa lagi Mahathir boleh buat? Maka bermulalah Mahathir buka langkah serang PAS habis habisan.

Mahathir mula mengungkit semula perangai pemimpin PAS dulu yang suka mengkafirkan orang Melayu Islam lain yang tidak sebulu dengan perjuangan mereka yang pada ketika itu kononnya memperjuangkan Islam.

Dalam blognya, Mahathir menulis :-

"Demikianlah dalam usaha PAS untuk mendapat sokongan mereka sanggup mengkafir orang Melayu yang tidak menyertai parti PAS. Dengan ini gejala sosial menimpa keluarga Melayu kerana ada ahli PAS yang mengkafir ibubapa mereka dan menganggap perkahwinan mereka tidak sah. Sehingga ke hari ini pun ada tempat di mana orang Melayu tidak sembahyang bersama"

Sebenarnya, taktik Mahathir ini adalah kerana berang dengan PAS yang enggan bekerjsama dengan PPBM.

Dengan sokongan kuat satu parti Melayu yang besar sahaja sesebuah parti di Malaysia ini akan berjaya sekurang-kurangnya menang banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU).

Mahathir kata PAS mungkin boleh menang 15 kerusi dari 80 kerusi. Maknanya 18.7% kemenangan.

PPBM hendak tanding 36 kerusi, dari 36 kerusi ini mungkin kalah semua atau paling tidak menang 2 sahaja.

Maknanya peratusan kemenangan hanyalah 5.5% sahaja. Prestasi PAS akan lebih baik pada PPBM pada PRU14 nanti.

PPBM dan Pakatan Harapan perlukan PAS untuk menang tapi PAS enggan kerana PPBM ada hubungan dengan DAP dalam satu pakatan.

Bapa Mukhriz itu sebenarnya takut apabila mengetahui PAS akan bertanding di 80 kerusi pada PRU ke-14 nanti kerana Pakatan Harapan (PH) tidak akan ada peluang untuk menang jika Barisan Nasional (BN) turut bertanding.

Mukhriz dan Muhyiddin juga silap silap kalah jika bertembung dengan PAS dan BN.

Tuduhan Mahathir bahawa penubuhan PAS untuk memecahbelahkan orang Melayu adalah salah sama sekali. Mahathir lah yang sebenarnya memecahbelahkan orang Melayu dengan menubuhkan PPBM dan mencuri ahli dari UMNO dengan menghasut mereka dengan pelbagai tuduhan supaya meninggalkan parti keramat orang Melayu itu.

Tindakan Mahathir berbalah dengan Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li selepas pemilihan UMNO pada sekitar 80-an juga menyebabkan perpaduan orang Melayu hancur.

Pada masa itu wujudnya Team A dan Team B antara mereka yang menyokong Mahathir dan Ku Li sehingga UMNO berpecah dan wujudnya parti Semangat 46. Mahathir lah punca UMNO pecah dan diharamkan.

Kini, Mahathir sendiri adalah dalang perpecahan orang Melayu apabila mewujudkan PPBM dengan yang diketuai oleh Muhyiddin Yassin sebagai Presiden dan anaknya Mukhriz sebagai Timbalan Presiden dengan niat menggunakan pengaruh orang Melayu yang berpecah itu untuk menjatuhkan kerajaan BN.

Seperti gaya orang tua tua berbalah, Mahathir kini lebih suka mengungkit cerita lama membabitkan orang lain tapi jarang beliau mengungkit berkenaan kesalahan dirinya sendiri semasa menjadi Perdana Menteri dan memohon maaf atas segala keterlanjuran.

Mahathir sudah berpatah arang dengan PAS. Menyerang PAS dengan menceritakan balik isu kafir mengkafir. Mahathir kini lebih lebih selesa berkawan dengan kafir harbi DAP untuk melawan PAS dan UMNO.

Siapa sebenarnya yang memecah belah Melayu dan Islam? Sanggup berpakat dengan parti yang jelas jelas menentang Islam untuk mendapatkan kuasa. Jawapannya adalah Mahathir.- Beruang Biru


Monday, April 17, 2017

IGAUAN PAS TAK CERMINKAN REALITI..

Image result for pas hya parti takda hala tuju

Parti PAS sejak berzaman tidak punya pendirian tetap... berubah ikut suka kepala tongong diorang saja.. PAS hya gunakan pengaruh agama untuk kepentingan diri pemimpin mereka saja. Dengar sembang pemimpin2 PAS mahu runtuh klcc... penyudahnya sebahagian dah cabut tubuh parti PAN.
Selamanya Pemimpin2 PAS akan terus bersifat dungu dan tengin.. kita gelakkan saja...

1. Ibarat kolek tanpa haluan..begitulah resmi PAS di Kedah.

2. 85 peratus tenaga penggerak penting mereka sudah berada dalam PAN. Nama nama besar tokoh mereka di Kedah sama ada sudah menarik handbrake, cenderung kepada Bunga dan PAN ataupun sebahagian yang lain memutuskan untuk tidak lagi aktif dengan tiada langsung nama dicalonkan bertanding jawatan parti di peringkat kawasan.

3. Dalam tempoh 35 tahun inilah kali pertama PAS di Kedah alami defisit persediaan, calon dan juga keupayaan gerakerja.

4. Yang berada dalam PAS Kedah sekarang ibarat hidup segan mati tak mau..Tidak jelas kelompok mana mereka ini, progesionalkah, ulamakah?.



5. Fobia rakyat Kedah dengan pemerintahan 5 tahun PAS yang lebih banyak mengundang musibah dari menyelesai masalah seakan jadi mimpi buruk kepada 1.01 juta pengundi untuk kembali memilih mereka..

6. Apatah lagi kini mereka dalam keadaan silo dan bergerak sendirian tanpa sumbangan rakan pakatan.

7. Sudah lebih 1 tahun setengah PAS Kedah seakan sunyi. Ketandusan isu dan tidaklah sangat dilihat menggugat kerajaan BN yang ada. Mereka seakan jadi tempelan dan bersifat paku pakis atas isu yang dibawa PAN dan Bunga di Kedah.

8. Hakikatnya PAS bukan ancaman BN di Kedah sebaliknya legasi PAS kian diancam kesan kemunculan PAN dan Bunga selaku pembangkang utama.

9. Maka PAS Kedah bukan sahaja sama sekali tidak bersedia menawan Kedah sepertimana diyakini Dr Wan Muhammad Zawawi Setiausaha Majlis Syuranya.

10. Malah yang pasti fungsi PAS selaku pembangkang utama di Kedah akan berakhir tanpa tanda. Dengan tidak meninggalkan legasi apa apa..

Sheikh Daud Al Risiki
Pondok Rakyat
Yan, Kedah.

PPBM &PAN Hanya Beruk Suruhan DAP & Parti Syok Sendiri...


Sudah macam menyamun harta rampasan. Itulah yang sedang berlaku antara PPBM dan PAN sekarang. Mereka sedang kalut agihkan kerusi kerusi milik PAS untuk kedua dua parti itu bertanding pada PRU14.

Macam dialog cerita Nujum Pak Belalang ini, PAN boleh dianggap sebagai Nyawa manakala PPBM pula sebagai Badan.

“Aku ambik yang ini, kau tengok yang ini. Kau tengok yang ini, aku ambik yang ini.” (Masing masing tengok kerusi parlimen yang boleh menang).

Si perompak, Nyawa (S. Shamsudin) teruja melihat harta berupa barang kemas Sultan yang tergantung di dalam bilik simpanan hartanya.

“Satu untuk kau, satu untuk aku, dua untuk kau, dua untuk aku, tiga untuk kau, tiga untuk aku. Lepas tu apa?”

“Hentam sajalah.” “Hentam sajalah untuk kau, hentam sajalah untuk aku. Lepas tu?”

Badan (Aziz Sattar) dan Nyawa membahagikan harta yang dirompak, tapi Nyawa tidak tahu apa nombor selepas 3. Bila disergah nanti oleh Kit Siang sebagai “King Maker” merangkap “penunggu gua” barulah PAN dan PPBM faham kuasa yang ada pada DAP.

PAN sudah dapat 6 kerusi secara rampasan dari PAS. PPBM hanya ada satu kerusi. PAN dan PAS kalau boleh mahu elak tanding di tempat kubu kuat PAS seperti di parlimen Marang, parlimen Pasir Mas, parlimen Bukit Gantang dan parlimen Temerloh.

Hanya di empat parlimen ini sahaja PAS dilihat kuat. Di 10 tempat lain, PAS akan berhadapan sama ada dengan calon PAN atau PPBM. Pertembungan sengit akan berlaku di Kuala Nerus, Dungun, Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Hulu Langat dan Bachok.

Kawasan kawasan yang itu kini dikuasai PAS dan bakal digugat oleh PAN atau PPBM. Kerusi kerusi “heavyweight” PAS vs PPBM dan PAN pada PRU14.

Masing masing mahu membuktikan kepada DAP, siapa boleh kalahkan pemimpin pemimpin utama PAS seperti Hadi Awang, Nik Abduh, Idris Ahmad dan Nasruddin Hassan Tantawi.

Menurut surat yang ditular di media sosial bertarikh 24 Mac 2017 yang ditandatangan oleh Wan Azizah, Guan Eng dan Mat Sabu agihan kerusi untuk Pakatan Pembangkang pada PRU14 adalah sepeti berikut :

PKR 98 kerusi, DAP 51 kerusi, PAN 37 kerusi dan PPBM 36 kerusi.

Semasa dalam pakatan pembangkang, PAS bertanding 73 kerusi. PAN ambil 37 kerusi dan PPBM ambil 36 kerusi, jumlahnya sama dengan 73 kerusi yang PAS tanding masa PRU13. PKR tanding kurang satu kerusi, DAP kekal bertanding 51 kerusi.

Kemungkinan besar jika terjadi pergaduhan dan tidak ada penyelesaian antara PPBM dan PAN, DAP akan meletaklan calon Melayu untuk bertanding di kerusi tersebut melawan PAS.

Kerusi yang dilihat berpotensi untuk DAP letak calon Melayu adalah di Kota Bharu, Hulu Langat, Alor Setar, Kuantan dan Teluk Kemang.

Bermakna DAP boleh tanding sampai 56 kerusi pada PRU14 nanti. DAP juga mampu ambil lagi kerusi kerusi milik PKR yang calonnya pro Wan Azizah. Dengan adanya Mahathir dan Azmin dalam mesyuarat, maka inilah peluang terbaik Azmin singkir dan bunuh terus karier politik kem Wan Azizah dalam PKR.

Azmin akan cadang DAP tanding kerusi tersebut kerana komposisi kaum Cina yang lebih tinggi atau calon DAP lebih peluang menang berbanding calon PKR pro Wan Azizah.

Mungkin ini sebabnya Wan Azizah pura-pura sakit sebagai satu alasan sahaja untuk beliau berjumpa dengan Anwar dan berbincang strategi.

PPBM dan PAN berebut sesama mereka. PKR pro Azmin pula berebut dengan PKR pro Wan Azizah. DAP gelak ketawa sebagai penunggu gua dan pembuat keputusan. Menunggu masa sahaja untuk mengenakan balik PPBM, PAN dan PKR bila sampai masanya.

Pengundi pada PRU14 jangan mudah tertipu dengan calon yang mereka tidak dikenali. Tiba tiba datang hendak menjadi jaguh rakyat, kemudian hilang entah ke mana. Sedar sedar penggal hadapan sudah lari bertanding di kawasan lain pula. Jangan mabuk di enggang lalu.

Jangan ditentang roket yang condong takut terturut jalan tak berintis. Orang tamak berebut hendak jadi calon, berebut mahukan kuasa seperti dalam PPBM dan PAN, kelaknya selalu rugi.

Yang untungnya adalah penunggu gua, seronok melihat bang yang berebut rebut itu berpecah belah.- Beruang Biru



Sunday, April 16, 2017

PAN & PPBM Bakal Dibelasah Teruk Bila PAS Tanding 80 Kerusi

Image result for PAS VS PAN DAN PPBM

PAS umum akan bertanding tidak kurang 80 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang, seperti diumumkan Idris Ahmad (Naib Presiden PAS) pada 9 April 2017.

Hasrat PAS ini disambut dingin oleh parti serpihannya iaitu PAN dan serpihan Umno iaitu PPBM. Dalam ketakutan atas pengumuman PAS itu, PAN dan PPBM tampil memperkotak katikkan hasrat parti Islam berkenaan.

Walhal PAN dan PPBM sebenarnya amat seriau dengan perkembangan ini. Andaikan PAS berjaya menang sekurang-kurangnya 30 kawasan daripada 80 yang dihasratkan itu. PAN dijangka akan hilang semua 6 kerusi yang dirampas secara lompat parti daripada PAS dahulu.

Manakala PPBM pula hanya sekadar menagih undi di tempat yang pernah dimenanginya atas tiket Umno dahulu sahaja. Ini belum tentu undi yang sama akan pergi kepada individu seperti Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir ketika mereka berada dalam Umno dahulu.

Gambaran inilah yang menyebabkan PAN dan PPBM 'kecut perut' apabila PAS berani bertaruh di 80 kerusi seperti dihajati.

Tibalah masanya DAP tidak lagi mengharapkan pengaruh undi Melayu melalui PAN dan PPBM kerana berpandukan situasi semasa ini kita dapat lihat pengundi semakin banyak pilihan dan Pakatan Harapan akan ditolak mentah-mentah begitu sahaja.

Apatah lagi sikap DAP yang terus menjadi anti Islam dan dua parti harapannya itu (PAN dan PPBM) masih tidak berdaya meraih sokongan orang Melayu kerana sikap munafik mereka masing-masing dalam memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air.

PAN dan PPBM akan kalah teruk. PAS sudah sanggup jadi naib juara atau undi kedua tertinggi sahaja di beberapa kawasan parlimen pada PRU14 nanti.

Ini kerana PAS tidak mahu maruahnya tercalar dan tidak mahu undi PAN melebihi mereka. Jentera PAS adalah yang terkuat dalam komponen pembangkang sebelum ini.

Mereka sanggup buat kerja tanpa bayaran dan fanatik dengan perjuangan. Kini PH hanya mengharap jentera berbayar sepenuhnya. Jentera PKR adalah jentera yang boleh dikatan kuat ini.

Belum tentu jentera PKR yang "hardcore" seperti "Otai Reformasi" akan menolong PPBM jika mereka diarahkan begitu. Sabotaj pasti berlaku. Inilah masanya Otai Reformasi membelasah parti Mahathir itu.

PAN hanya boleh harap bantuan DAP untuk menang. Barangkali Mat Sabu akan diberikan satu tempat selamat DAP untuk beliau bertanding.

PPBM lebih teruk, mungkin tewas hampir 95% kerusi yang mereka masuk tanding. PPBM akan ditolak kerana mereka hanyalah parti serpihan sahaja.

PPBM dan PAN hanyalah memecah belahkan lagi undi Melayu. DAP akan kekal menjaga kerusi kerusi selamat mereka. DAP juga akan ambil sikap jaga kubu sendiri dari membazir masa tolong PPBM dan PAN.

Habislah PPBM dan PAN. Kemasukan PAS di 80 kawasan parlimen bakal menjadikan PRU14 banyak pertembungan tiga penjuru dan lebih. Yang pasti kena belasah teruk nanti adalah PPBM dan PAN.

Friday, April 14, 2017

YB Mahfuz Bean Buktikan dia MP Pokok Sena Gila Glamour.


1. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada YB Mahfuz kerana setelah 4 setengah tahun makan gaji buta tiba tiba 10 April lalu baru kalut nak berjuang soal penduduk.Kg. padang Tembak, Bukit Pinang.

2. Saya rasa bangga kerana dengan tiba tiba menerusi aksi beruk, badut dan juga Bean YB Mahfuz sekali lagi jadi berita siaran akhbar.

3. Saya juga tak sangka yang YB Mahfuz boleh pusing peranan 360 darjah. Bukankah isu penduduk Kg Padang Tembak selama ini YB Haji Romaini yang uruskan selain turut dikelolakan perbincangan oleh PKB dan UMNO Bahagian.

4. Saya hairan bagaimana selaku YB Ahli Parlimen Pokol Sena Mahfuz tidak jelas duduk ceritanya bahawa penduduk telahpun dimuktamadkan keputusannya untuk menerima sebidang tanah, sebuah rumah percuma dan wang tunai pampasan.

5. Saya geli telinga perangai Mahfuz lagak penjual ubat dan wayang opera Cina yang mai meluru nak serah memorandum yang sebelum ini tak dipedulipun olehnya.

6. Saya tak terkejut kerana ini antara talian hayat terakhirnya dalam pesada politik setelah PAS pinggirkannya. Nak serta PAN malu malu kucing. Mahu sertai Parti Bunga takut dikata maka  dedak Mukhriz dan Tun Mahathir. Puncanya kerana Mahfuz antara yang kuat mengata Mukhriz dan Mahathir dulunya dengan gelaran Mat Bluur dan Mahafiraun.

7. Terima kasih YB Mahfuz..saya ingatkan YB sudah hilang entah kemana..Sebab selama 4 tahun setengah saya mencari Pusat Khidmat MP Pokk Sena untuk dapatkan bantuan kerusi roda ibu saya yang sakit tapi gagal berjumpa dengan YB.

8. Barangkali YB sibuk menjadi badut sarkas di Parlimen dan apabila sudah hilang popular di Parlimen cuba pula menunjuk hero di sidang DUN Kedah.

9. Saya amat sedih kerana selaku antara yang mengundi YB Mahfuz dalam PRU 1999, 2008 dan 2013 sampai kini secawan kopi belum.permah dapat minum dengan YB.

10. Ramai kawan rakan saya dan lebih 80 ribu pengundi di Parlimen Pokok Sena juga tercari cari YB.

11. Masih ingatkah YB berjanji dengan satu keluarga di Derang untuk baiki rumah depa yang usung..Sampai kini terbiar dan tuan rumah pula telah meninggal.

12. Saya juga masih terkenang bagaimana di satu bulan puasa yang mulia 2 atau 3 tahun lalu YB ada janjikan pada sekumpulan penduduk di kawasan Derga dan di satu majlis di Sg Mati untuk sumbangan raya..Namun sudah masuk edisi Raya tahun ke 4 dan 5 dari tarikh janji tersebut Yb buat buat lupa.

13. Saya juga pernah tengok YB kononya pura pura melawat mangsa banjir kilat di satu taman perumahan di Jalan Langgar. Bila penduduk nak serah surat permohonan pada YB, YB kata saya tak dak kuasa. Padahal time tu parti YB perintah Kedah.

14. Senang cakap YB, berentilah jadi MP. YB bukan sahaja malukan kami selaku orang Pokok Sena sebab kemana saja kami pi kami akan dicop pelawak Bean sepertimana YB.

15. Saya juga nak pesan, dah diujung usia ni YB berentilah buat perangai badut, perasan hero dan jadi pelawak jemputan. Malu kat anak cucu dan jatuhkan standard orang Kedah di serata Malaya. Insaflah dan rajin rajinlah ke masjid itupun kalau YB solat cara mana mahzab Shafie solat. Sebab ada yang kata YB ni pengikut fahaman syiah Imam 12. Tak tau betoi atau tidak?. Saya bukan menuduh hanya nak minta pengesahan sahaja.

YANG BERHARAP
Pengundi Parlimen Pokok Sena
Pekan Bukit Pinang
14 April 2017

Wednesday, April 12, 2017

Semua Yang Tony Phua Mangkok Hayun DAP Cakap Tak Boleh Pakai!!!


Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua sekali lagi bikin kecoh. Mungkin disebabkan sejak kebelakangan ini DAP berdepan dengan serangan kiri dan kanan kerana menentang Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355, maka beliau sekali cuba bermain politik.

Kali ini Pua telah menulis kenyataan fitnah bertajuk "BN Govt Abandons all Bills to give precedence to PAS' RUU355 Private Member's Bill" atau kerajaan BN mengabaikan semua Rang Undang-Undang bagi memberi keutamaan kepada Rang Undang-Undang Ahli Persendirian RUU355 oleh PAS.

Disebabkan fitnah itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengambil tindakan tegas mendesak Pua memohon maaf dan menarik balik kenyataan fitnah yang dimuat naik di laman Facebook beliau pada 6 April lalu.

Sememangnya apa yang diperkatakan oleh Pua itu tidak boleh dipakai.

Dulu masa isu mengenai syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hangat diperkatakan, Pua pernah mencabar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB ketika itu, Arul Kanda untuk berdebat.

Namun akhirnya debat itu tidak jadi kerana beliau enggan melepaskan jawatan sebagai  Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) padahal pada masa itu PAC sedang menjalankan siasatan ke atas 1MDB.

Jadi sudah tentu ia menjadi prejudis jika Pua berdebat dengan Arul, iaitu orang yang terlibat dalam siasatan berkenaan.

Selain 1MDB, Pua juga pernah dikecam kerana menganggap penjawat awam sebagai membebankan.

"Membenarkan mereka mengambil gaji tanpa bekerja, lebih baik daripada mereka bekerja dan membebankan kerajaan,” kata Pua yang dipetik Malaysiakini pada forum berbahasa Mandarin bertajuk “Menganalisis Bajet 2017” di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur, pada Oktober tahun lepas.

Bukan itu sahaja, pada 2011, beliau pernah mengumumkan perancangan DAP untuk mengecilkan saiz kakitangan awam.

Ternyata sikap yang ditunjukkan oleh beliau itu menunjukkan gambaran pemikiran DAP terhadap kakitangan awam di negara ini.

Pua juga pernah mencetuskan kontroversi apabila beliau mengaku pernah bertemu Pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle Brown.

Pengakuan itu dibuat dalam satu sidang media pada 22 Julai 2015 selepas bekas Pengarang Sarawak Tribune Lester Melanyi mendakwa beberapa pemimpin pembangkang telah bertemu dengan bekas eksekutif PetroSaudi, Xavier Andre Justo di London antara tahun 2012 dan 2013.

Pertemuan itu adalah bagi mendapatkan maklumat untuk memburuk-burukkan kerajaan dalam isu 1MDB dan nama Pua tersenarai sebagai antara pemimpin pembangkang itu.

Justo yang menjalani hukuman penjara di Bangkok pernah membuat pengakuan mengenai dokumen 1MDB yang diubah suai dan ditawarkan AS$2 juta bagi curi data.

Jika mahu disenaraikan, banyak yang boleh dibangkitkan di sini namun walaupun hanya beberapa contoh diberikan, ia sudah cukup untuk menjelaskan siapa sebenarnya Pua.

Beliau sebenarnya sedang cuba untuk bermain politik, apatah lagi pilihan raya umum semakin hampir. Jika mahu lihat lagi apa mainan politiknya pada masa lalu, buatlah carian di Google dan anda akan tahu siapakan Pua ini.

Apa yang Tony Pua cakap tidak boleh dipakai. Lagi 6 hari masa untuk Tony Pua tarik balik fitnah itu. Jangan percaya apa yang dituturkan Tony Pua, ianya cerita karut, tiada krebidiliti dan bohong.

Wednesday, April 5, 2017

Mahathir Mudah Lupa, Siapa Sebenarnya Tidak Demokratik Masa Jadi PM


Selama 22 tahun dia memerintah negara kita,  Mahathir telah menunjukkan cara 'kuku besi' atau diktator sehingga menyebabkan dirinya digelar sebagai Mahazalim dan Mahafiraun oleh para penentangnya dahulu kala. 

Sebulan yang lepas, Mahathir "di boo" dalam majlis otai reformasi. Laungan Mahafiraun dan Mahazalim kembali kedengaran.

Namun dia tidak sedar dan mungkin sudah lupa kezaliman yang dia telah lakukan kepada rakyat Malaysia.

Walaupun mungkin dia sudah lupa sejarah diktatornya sebagai Perdana Menteri, namun tidak bagi sesetengah rakyat di negara ini. Terdapat ramai lagi yang masih terasa kepedihan luka diktator ketika Mahathir memerintah. 

Lihat sahaja, bagaimana dia  menghalang gerakan 'Undur Mahathir' melalui Reformasi 98 dahulu? Bukan setakat gas pemedih mata, belati dan cota, namun sesiapa sahaja yang menunjukkan reaksi anti Mahathir akan diperlakukan dengan begitu 'kejam' sekali.

Jika manusia pun semasa itu sudah tiada kebebasan untuk bersuara walau sedikit, apatah lagi media. Dunia sendiri dapat saksikan bagaimana kebebasan media di Malaysia sepanjang 22 tahun pemerintahan Dr Mahathir telah diperlakukan dengan begitu teruk. 

Tidak kira apa bentuk media sekali pun, mereka tidak dibenarkan sama sekali menyiarkan perkara-perkara yang memburukkan  Mahathir, waima sekadar menjentik hujung hidungnya.

Namun pada hari ini apabila pihak Polis menghalang dari sesi debat antara dirinya dengan Datuk Seri Nazri Aziz diteruskan, Mahathir seakan-akan menyalahkan pihak berkuasa itu 100 peratus. 

Dengan menggunakan pengaruhnya sebagai bekas Perdana Menteri, pemimpin diktator itu telah memainkan persepsi buruk kononnya negara ini sudah hilang demokratik.

Walhal dia lupa, apa yang berlaku sekarang ini jauh berbeza dengan apa yang pernah dia lakukan semasa pemerintahannya dahulu.

Jika Akta seperti ISA dan lain-lain hukuman tanpa bicara digunakan kepada sesiapa sahaja yang anti kepada dirinya, adakah itu disifatkan sebagai penuh demokratik dan terpimpin?

Mahathir mudah lupa. Dosa dosa lampaunya kini hantui hidupnya. Mahathir meracau apa sahaja demi mendapatkan kuasa. Apa sahaja yang dituduhnya umpama jari telunjuk lurus, kelingking berkait. -BeruangBiru